Labels

DAPATKAN BIMBINGAN DAN KONSULTASI DARIPADA SAYA

Nama:
Nombor Telefon :
Email :
Email Facebook:
Pekerjaan :
Tempat Tinggal :
Bantuan Yang Anda Perlukan : Turun Berat Badan
Naik Berat Badan
Membina Otot
Tambah Tenaga
Darah Tinggi
Kencing Manis
Gout
Senggugut
Masalah Kulit
Pendapatan Sampingan

This contact form was created by Freedback.

Tuesday, 8 January 2013

Turun berat? Anda Serius?

Bismillah. Assalamualaikum. Have you had your shake today? =)

Turun berat badan. Alhamdulillah aku dah berjaya turunkan 20kg dengan consume Herbalife. (rujuk sini) Jadi bila aku pergi event, jumpa customer, walk n talk dan sebagainya mesti akan ada orang tanya, macam mana aku buat? Apa yang aku buat sampai boleh turun 20 kg. Ada yang dah consume Herbalife tapi masih xdapat result produk yang memuaskan.

Jawapan aku simple je. Aku akan tanya balik. Korang SERIUS ke nak turun berat? Nak buat sesuatu benda tu kena la serius. Sama jugak untuk turunkan berat. Aku dapat turunkan berat dan capai berat ideal sebab aku SERIUS.

serius???

So, bila dah serius apa kena buat. Ofkos kena ikut cakap coach masing2. Klu xnak ikut cakap coach dan xbuat apa yang coach bagitaw mmg la xdapat result yang sepatutnya. So, tq to my coach, Harith Faisal yang xjemu melayan karenah aku masa dalam program. hehehehe.

With my coach/sponsor at NutriCity New Year Fiesta

Oh lupa lak. Klu korang decide nak mulakan program dengan Herbalife korang akan ada coach sendiri. Sebab tu kena consume Herbalife dengan distributor yang betul2 ikut etika. Nanti xda la dia tinggalkan korang terkapai2 lepas jual produk. So, sape2 yang xda coach lagi boleh contact aku. =)

Meh aku citer apa yang aku buat sepanjang program turun berat dengan Herbalife.

1. Ikut dan patuhi jadual makan yang coach tetapkan.

Yang ni komfem2 la kena ikut betul2. Herbalife ni bukan ubat kurus makan sekali je boleh terus kurus. Herbalife hanya makanan nutrisi yang gantikan makanan yang biasa kita makan. Yang bestnya shake Herbalife rendah kalori tapi cukup segala nutrisi yang badan kita perlukan. Jadual makanan simple je. Gantikan sarapan dan makan malam dengan shake. Tengahari makan macam biasa cuma kurangkan karbohidrat. Lebihkan protein dan serat. Nak taw lebih lanjut tanya coach masing2 ye. Tak da coach lagi boleh mesej aku nanti.


Aku ikut jadual ni betul2. Memang xda curi2 makan belakang coach. Salah satu kesilapan yang biasa orang buat semasa diet adalah makan makanan ringan macam keropok, jajan dll. Nampak kecik dan sikit tapi kalori dia tinggi taw. Jadi elakkan.

2. Minum air putih secukupnya

Secara normal badan kita perlukan air untuk berfungsi dengan baik. Minimum 3 liter air putih sehari. Untuk 25 kg berat badan bersamaan 1 liter sehari. Aku mula2 consume Herbalife berat 94 kg jadi kena minum 3.7 liter sehari. Coach kata nak lagi cepat turun, minum lagi banyak air. So, aku minum 4-5 liter sehari konsiten. Air keperluan asas badan kita perlukan. Jangan banyak komplen. Minum je air banyak2. klu rasa lapar je minum air putih. Air putih ye bukan air milo, kopi dan sebagainya.



3. Rajin tanya dan jumpa coach


Sebelum aku makan makanan yang aku xsure boleh makan ke tak aku akan mesej coach. Walaupun soalan tu nampak remeh aku tanya je. Saje nak dapatkan kepastian. Yang paling penting aku xkan miss jumpa coach seminggu sekali. Masa tu la nak timbang tengok ada perubahan ke tak. Setiap kali jumpa mesti coach akan bagi consultation dan tips utk turun berat. Masa ni la penting. Klu xturun coach akan consult betul2 dan kenal pasti mana silap. Dah dapat tips 2 kena ikut la. Klu tak sama je, tak kurus la camtu.


4. Senaman

Yang ni extra. Kalau x sempat nak senaman pun xpa still boleh turunkan berat. Tapi klu nak turun lagi cepat kena senaman sket. Aku dulu xda la selalu senaman, just main futsal seminggu sekali je. Ada masa joging dekat stadium UKM. Serius klu ada masa kena bersenam. Buat yang simple2 je. Lompat bintang, tali skipping dan macam2 lagi lah. =)

Secara ringkasnya ni la yang aku buat sepanjang program. Kunci utama adalah SERIUS. Klu korang serius insyaAllah semua benda boleh buat. Kan? =)

Okay. So, sape yang baru nak start diet tu semoga berjaya! Serius okay. Jom sama2 ringankan bumi. hehehe

Kepada anda yang belum mempunyai coach dan sedang mencari coach untuk membantu anda menurunkan berat badan atau reshaping, bolehlah hubungi :


AIMAN 013-4668993



Sunday, 6 January 2013

Nutriwalk New Year Weight Loss Challenge Fiesta

Bismillah. Assalamualaikum semua.

Kali ni aku just nak update pasal Nutriwalk New Year Weight Loss Challenge Fiesta yang berlangsung semalam. Ingatkan nak post semalam tapi xsempat. Lepas Focus Group (FG) yang luar biasa dengan Mill Team, Rudi Samjis semalam, balik terus tidur. Penat seharian dekat Nutriwalk semalam.



Okay. Fiesta kali ni special sikit sebab ktorang gabungkan sekali dengan New Year Weight Resolution Fiesta. Semua yang datang tulis dan nyatakan azam dorang untuk 2013 terutamanya dari segi berat badan. Berapa berat badan yang dorang nak secara spesifik berapa kg dan bila nak capai. Mudah-mudahan tercapai semua ye. InsyaAllah.

Kak Uwaes Amirah handle sesi menulis impian.
My contestant Hafiz(Ippo) dan Firdaus(Pidot)) dengan impian masing2...=)
semua dengan impian masing2
Acara kemuncak dan yang ditunggu oleh semua mestilah pengumuman pemenang bagi WLC Round 3. Jujurnya aku sangat2 neves untuk tahu keputusan sampai xleh tidur malam sebelumnya. Dok terpikir sape la yang menang ni. Coach yang terlebih exited plak. Hohohoho. Nak tahu tak pemenang2 Nutriwalk WLC Round 3? Jeng3x!!!!



Yeah. Ippo menang tempat ketiga. Menang duit cash RM 300. Tahniah3x. Ippo hilang 10kg sepanjang WLC. Dari 139kg jadi 129kg. AMAZING!!! Peratus penurunan 7%. Lepas ni dia target nak lose lagi 20 kg by Mac. Katanya nak beat rekod aku yang dah turun 20 kg. All the best bro. =)


Ni tempat kedua. Namanya Anis Nabilah. Berjaya turun 7 kg dari 81kg kepada 74kg. Peratus penurunan 8.68%. Berjaya bawa balik cash money RM 500. Tengok, perempuan pun boleh menang taw. (^_^)v

So, sape the biggest loser untuk round kali ni???? Jeng3x!!!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Hoyeah!!! Pemenangnya adalah Pidot. Yang paling bestnya Pidot berjaya pecahkan rekod WLC iaitu turun sebanyak 15.3 %. Perrrrghhh. Dah la pecah rekod, menang pulak RM 1000 cash. Berat dari 81kg jadi 69kg. Tengok. Gembira je bergambar. Menang RM 1000 la katakan. =)

Semua pemenang bergambar dengan coach masing2.
Both are my contestant. They deserve it.
So far aku dah berjaya bantu 3 orang turun berat badan melalui WLC ni. Round pertama Din (rujuk sini http://muaizul.blogspot.com/2012/11/are-you-biggest-loser.html). Pidot dan Ippo yang latest. Berita baik untuk semua. Pendaftaran untuk Nutriwalk WLC Round 4 sudah bermula. Tarikh pendaftaran bermula 2 Januari sehingga 15 Januari 2013. So, sape2 yang nak turun berat dan menang sehingga RM 1000 boleh hubungi aku segera. InsyaAllah, I will coach you. Sama macam aku coach Din, Pidot dan jugak Ippo. If you are SERIOUS, contact me okay. =)



Akhir sekali, sape ada azam 2013 untuk turun berat, gunakan WLC ni sebagai pemangkin dan jadikan azam korang jadi kenyataan. You can do it. I know how. 

Ask me how?
AIMAN
013-4668993
Personal Wellnes Coach  


# credit gambar : Rahmah Razak











Wednesday, 2 January 2013

2012------->2013

Bismillah. Assalamualaikum.

Hari ni sudah 3 Januari 2013. Masih belum terlambat kiranya untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua. (mmg dah terlambat pon..hohoho) 


Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar sudah setahun berlalu. Hmmmn. Jadi, macamana 2012 kita? Adakah tercapai semua azam dan impian di awal tahun dulu. Klu dah alhamdulillah. Klu belum jangan putus asa, teruskan untuk tahun 2013 pulak. =)

Sebenarnya sebelum ni aku xkisah sangat pun pasal tahun baru ni. Bagi aku 1 Januari tiada bezanya dengan tarikh2 yang lain. It's just another day. Same like others yang dah kita lalui sebelum ni. Setiap hari buat benda yang sama; bangun tidur, makan, pergi kuliah, siapkan assignment, main game, futsal, lepak2 ngan kawan2. Just repeat rutin harian.

Tapi tahun ni aku rasa berbeza sangat. Kenapa 1 Januari 2013 aku rasa sangat berbeza? Sebabnya banyak benda yang dah berubah sepanjang 2012. First, I am officially graduated. Lega kot dapat habiskan degree ni. Akhir2 sem hari tu runsing jugak takut kena extend tapi syukur, Allah permudahkan semua urusan belajar aku, Alhamdulillah.

My family...Abe Chik je xda xdatang.
2012 menyaksikan aku kembali ke sekolah, kali ni sebagai guru walaupun sebagai guru praktikal je. Ditempatkan pulak kat Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya (sekolah femes kot) memang berdebar la masa kali pertama jejak kaki kat sana. Memang bertuah aku dapat pengalaman mengajar kat sana. Banyak benda yang aku belajar di SSAS. InsyaAllah aku xkan lupa semua pengalaman dan kenangan di sana.

(gambar kt SSAS xda sbb aku xbawa kamera...guru berdedikasi la katakan...=P)

Dan perkara yang paling bermakna yang berlaku sepanjang 2012 adalah bila aku jumpa HERBALIFE. Yup. Herbalife buat hidup aku berubah 180 darjah. Bermula dengan saja2 nak cuba turunkan berat akhirnya terhilang 20 kg. Sejak sekolah sampai la belajar dekat Universiti, first time aku dapat capai berat ideal. Memang hepi giler la kan. Memang satu family la aku citer. Alhamdulillah, sekarang ktorang satu family dah serius guna Herbalife. 

Ni yg lama. Xsempat nk update. Total lost dah 20kg. Alhamdulillah.

Sepanjang 6 bulan aku dalam Herbalife aku dah jumpa ramai orang yang betul2 beri kesan dalam hidup aku. Umur sebaya malah ada yang lagi muda tapi dah berjaya achieve dream masing2. Aku??? 

Amalina Peter & Abqari Hamid. Maryam & Hafiz. Rudi & Ika. Nadiah & Firdaus. Yana & Iman. Sape dorang ni? Nak tahu cuba korang google. Pasangan muda yang dah berjaya dalam Herbalife. InsyaAllah, I will be like them!!!

2012 dah melabuhkan tirai. 2013 baru je bermula. 2013 aku mula belajar untuk dream big. Nothing impossible when we ready to fight for it. Let's become SPECTACULAR. 

2012------>2013
It's just the beginning.


Wednesday, 28 November 2012

Are You The Biggest Loser?

Bismillah.

Assalamualaikum. Haaa, sila jawab soalan ni. Are you the biggest loser? Apa benda la yang saya dok tanya ni kan. Kalau korang nak tahu sebenarnya kami tengah cari sesiapa yang turun berat paling banyak. Alaaa, macam program realiti The Biggest Loser tu. Pernah tengok?


Konsep dia lebih kurang sama je. Sesiapa yang turun paling banyak berat, dia dikira berjaya dan jadi juara. Cuma nak lebih adil, peratusan penurunan berat badan di ambil kira. Maksudnya, berapa peratus perubahan berat peserta bermula dengan berat asal dia mulakan program. Nak tahu macam mana pengiraan boleh tanya saya. =)


WOW!!! Hadiah wang tunai RM 1,000 untuk pemenang tempat pertama. Dah la turun berat, jadi lebih sihat dan dapat pulak hadiah wang tunai. Lumayan kan?


Yang atas ni pemenang tempat pertama WLC NutriWalk Wangsa Maju Round 1, Din (baju rimau belang). Din ni peserta saya a.k.a housemate saya. Kiranya saya coach dia la. Tengok muka hepi je menang RM1,000. =)

Jika anda berminat nak sertai boleh cepat-cepat hubungi saya. Penyertaan adalah terhad.

Contact me to become The Biggest Loser :
Aiman 
013-4668993

Wednesday, 21 November 2012

Kerja Yang Mulia

Bismillah.

Assalamualaikum. Entry kali ni saya nak cerita sikit berkenaan kerja-kerja yang dianggap mulia tak kira di sisi agama mahupun  manusia.


Setiap pekerjaan tak kira apapun pekerjaan tersebut, akan jadi mulia kalau kita lakukan dengan amanah, jujur dan ikhlas kerana Allah. Sebab itu kalau nak buat sesuatu pekerjaan, kena niat betul-betul. Bukan ke setiap amalan kita ni bermula dengan niat. Kalau baik niatnya, hasilnya pun akan baik juga. Begitu jugak sebaliknya. Kan?

Dari banyak-banyak pekerjaan ni, saya nak senarai pendekkan kepada 3 pekerjaan je. 3 pekerjaan ni disebut oleh President Team, Pak Yang dan Mak Yang masa Zero 2 Hero yang lepas. (Zero 2 Hero lagi. Serius, banyak benda saya belajar masa Zero 2 Hero). Jom kita tengok satu persatu.

1. Guru


Yang pertama sekali adalah guru. Rasanya semua orang setuju yang guru ni adalah suatu pekerjaan yang sangat mulia. Tugas guru bukan sahaja mengajar kita semasa di sekolah malah mendidik kita untuk menjadi manusia yang berguna dan berbakti kepada masyarakat. Guru menyampaikan ilmu-ilmu yang bermanfaat kepada kita dan selagi mana ilmu tersebut memberi manfaat kepada kita, insyaAllah ganjaran pahala menanti mereka. Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W. daripada Abu Hurairah yang bermaksud :

"Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan darinya dan doa anaknya yang solih" (Hadis Riwayat Muslim) 
Alhamdulillah, saya graduan pendidikan dan insyaAllah diberi peluang saya akan berkhidmat sebagai seorang guru nanti. (^_^)v

2. Doktor/Jururawat


Mulianya seorang doktor dan jururawat kerana sanggup berkorban masa, tenaga dan segala-galanya untuk merawat pesakit. Walaupun pesakit tu mereka tak kenal pun, tetapi masih berusaha sedaya upaya untuk  bantu pesakit tersebut. Ya Allah, besar ganjaran yang akan mereka terima di akhirat kelak. InsyaAllah. Saya sangat-sangat bangga dan respek pada mereka yang ambil keputusan manjadi seorang doktor @ jururawat. Ramai jugak kawan-kawan sekolah dulu yang pilih bidang ni, saya ada la jugak pasang cita-cita nak jadi doktor tapi apakan daya, keputusan exam dulu tak power sangat. hehehehe

3. Tentera


Yang ni lagi la saya kagum. Berkorban semata-mata nak melindungi negara kita daripada ancaman musuh. Memang perlukan keberaniaan yang amat-amat tinggi. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu selalu main perang-perang. Buat bunyi dengan mulut pun jadi la. hahahaha

Kenapa 3 pekerjaan ni saya "highlight"kan dalam entry kali ni. Jom kita ringkaskan. 
  •  Guru mendidik dan sampaikan ilmu-ilmu yang bermanfaat kepada manusia. 
  •  Doktor/jururawat berusaha merawat penyakit. 
  •  Tentera melindungi negara kita daripada ancaman musuh.

Pak Yang dan Mak Yang kata, ketiga-tiga ciri ni ada dalam Herbalife. Jadi, setiap pengedar bebas Herbalife/Personal Wellness Coach Herbalife perlu berasa bangga. Kenapa?
  • Kita mendidik dan menyampaikan ilmu-ilmu berkaitan nutrisi dan peri pentingnya gaya pemakanan dan gaya hidup yang sihat
  • Kita berusaha untuk membantu orang-orang sekeliling kita untuk mendapatkan berat badan ideal kerana kita tahu faktor utama penyebab penyakit adalah masalah kegemukan. Lihat disini.
  • Kita berusaha melindungi negara kita daripada ancaman musuh nombor satu di Malaysia iaitu KEGEMUKAN.
Dalam Herbalife, kami diajar untuk membantu sesiapa yang memerlukan bantuan untuk turunkan berat, naikkan berat ataupun untuk improve kesihatan. Kami bukan jurujual yang hanya menjual produk tetapi kami adalah "coach" yang akan membimbing mereka sehingga capai target masing-masing. 

Kami memerlukan lebih ramai untuk bersama-sama kami bagi membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sihat. Adakah anda yang kami cari???

Hubungi saya :

Hubungi saya :
Aiman
013-4668993
Personal Wellness Coach




Monday, 19 November 2012

Risiko Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Bismillah.

Assalamualaikum semua. Masa dekat Zero 2 Hero yang lepas, Presiden Team Member Asriah Saad telah berkongsi berkenaan dengan penyakit tidak berjangkit (NCD). Apa penyakit tidak berjangkit ni? Penyakit tidak berjangkit ni adalah penyakit yang tidak menyebabkan jangkitan kepada orang lain contohnya obesiti, diabetes, darah tinggi, sakit jantung, kanser dan lain-lain. Penyakit ini sebenarnya disebabkan oleh gaya pemakanan kita yang tidak sihat. 

Kebanyakan dari kita lebih bimbangkan penyakit-penyakit yang berjangkit seperti selesema burung, AIDS, demam denggi dan lain-lain penyakit yang berjangkit sedangkan NCD ni adalah sebab utama kematian di dunia termasuklah negara kita, MALAYSIA.

Obesiti..igauan rakyat Malaysia?

Fakta NCD

  • 80% pesakit kencing manis datang dari golongan lebihan berat badan
  • lebih banyak lemak di bahagian abdomen (Viseral Fat), lebih kurang kesan sel terhadap insulin
  • 32% daripada kes kanser boleh diatasi dengan perubahan gaya pemakanan
  • 20-42% kematian kanser boleh dielakkan dengan perubahan gaya pemakanan
  • pemakanan banyak lemak mengundang kanser

Balik je dari Zero 2 Hero terus je saya cari maklumat pasal NCD ni. Cari punya cari jumpa la artikel dari Bernama ni.

Artikel Bernama :

PUTRAJAYA: Penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti, darah tinggi dan diabetes kini merupakan ancaman kesihatan baru di negara ini dengan jumlah pesakitnya meningkat setiap tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun lepas mendapati kira-kira 5.8 juta rakyat Malaysia menghidap darah tinggi, 2.5 juta mengalami masalah obesiti dan 2.6 juta menghidap diabetes.

"Situasi NCD di negara ini amat merunsingkan. Apa yang membimbangkan ialah masih ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar bahawa mereka telah menghidap NCD dan ramai lagi tidak sedar mengenai risiko penyakit ini dan menganggap ia perkara remeh," katanya kepada pemberita di sini Ahad.Terdahulu itu, Dr Hasan merasmikan Kem Kesedaran Kesihatan (3K) anjuran Kelab Lembaga Jururawat Kuala Lumpur di Kompleks Kejiranan, Presint 11 di sini Ahad. 

Ya Allah. Baru sedar selama ni kita berisiko tinggi untuk dapat NCD ni. Tanpa sedar sebenarnya kita sedang menanam 'benih' penyakit-penyakit NCD ni dalam badan kita. Kenapa? Sebab gaya pemakanan kita. Cuba pantau apa yang kita makan setiap hari. Agak-agak makanan yang kita makan setiap hari tu bekalkan nutrisi yang badan kita perlukan atau tidak?

Nutrisi Seimbang

Kenapa kita perlukan nutrisi yang seimbang? Secara ringkasnya boleh tengok rajah di bawah ni. 


Faham tak? Apa yang kita makan, itulah yang akan membentuk diri kita nanti. Saya sangat-sangat bersyukur sebab Allah pertemukan saya dengan Herbalife. Herbalife telah memberikan solusi yang terbaik kepada pemakanan yang sihat. Kalau nak tahu, kena cuba sendiri. =)

Lemak yang disimpan sedikit demi sedikit tanpa kita sedar. Bagaimana tubuh kita 3-5 tahun akan datang?

Jom sama-sama kita ubah gaya pemakanan kita sekarang. Mana yang anda nak, jaga pemakanan setiap hari mulai hari ini atau perlu turun berat badan di hari kemudian. Elakkan daripada terkena penyakit tidak berjangkit ni. Pilihan di tangan anda. InsyaAllah saya sedia membantu anda. ^^

Hubungi saya :
Aiman
013-4668993
Personal Wellness Coach

My first and amazing Zero 2 Hero

Bismillah.

Assalamualaikum semua. Hari ni nak kongsi pengalaman dekat Zero 2 Hero yang baru je berlangsung di Bukit Gambang Resort City 2 hari yang lepas. Sangat2 amazing. Bayangkan 3500 orang dekat dalam dewan sepanjang 2 hari dekat sana. MasyaAllah, sangat luarrrr biasa. Rasa sangat beruntung sebab Allah bagi peluang dan masa untuk berada di sana. Alhamdulillah.


Sebelum ni, sponsor a.k.a coach saya, Harith dah pernah ajak pergi Zero 2 Hero masa bulan Julai tapi waktu 2 tak berminat lagi. Macam-macam alasan saya bagitahu sebab tak nak pergi. Teruk kan? Bila pergi ke Zero 2 Hero kali ni saya rasa sangat-sangat bertuah, menyesal pulak tak pergi bulan Julai masa.  Kalau tak, mesti bisnes dah grow. Pengajarannya adalah bila sponsor/coach kita suruh pergi apa-apa event, kita kena pergi. MESTI!!!

Inspirasi

Sepanjang 2 hari 1 malam di Zero 2 Hero, banyak perkara yang telah membuatkan diri saya terinspirasi. Perkongsian daripada semua speaker amat-amat luar biasa. Bagaimana Herbalife telah mengubah hidup mereka dan juga orang-orang disekeliling mereka. Kisah-kisah perjalanan hidup mereka yang telah berjaya dalam Herbalife, semuanya bermula dengan kesusahan dan akhirnya menggapai kejayaan. 

Kalau hari ini mereka adalah Presiden Team, semuanya bermula dengan seorang distributor biasa yang belajar langkah demi langkah, sama seperti saya hari ini. Jadi tidak mustahil suatu hari nanti saya juga boleh jadi Presiden Team dalam Herbalife. InsyaAllah. Saya dah ambil langkah pertama untuk berjaya, anda?

Dan sumber inspirasi terbesar saya sepanjang 2 hari di Zero 2 Hero adalah Abah. Ya, Abah. Abah pun pergi sekali Zero 2 Hero kali ni. Abah, Ma, Along dan adik Anis, macam percutian keluarga pulak. Itu yang seronok dalam Herbalife, sambil belajar boleh pergi bercuti. Ni baru dekat Gambang, insyaAllah lepas ni ke oversea pulak.^^

Alhamdulillah, saya sangat-sangat seronok dan gembira tengok perubahan pada Abah. Lepas dah berjaya turunkan 9.6 kg, Abah nak bantu kawan-kawan dan orang sekeliling untuk jadi lebih sihat. Abah dah ada beberapa orang customer walaupun tak pernah datang event dan belajar. Sangat semangat nak bantu orang jadi sihat. Kalau Abah boleh, saya anaknya pun mesti boleh kan? 

Abah tekun belajar...=)
Macam yang saya bagitahu tadi, Zero 2 Hero kali ni saya tak pergi seorang. Saya bawa team saya sendiri. Supervisor saya Amirah Aminah a.k.a Along, dan juga downline Along, Abah dan Ma. Adik Anis pun pergi jugak sebab tak nak duduk kat rumah sorang-sorang. hahaha   InsyaAllah lepas ni team kami akan berkembang lagi jadi boleh bantu lebih ramai orang untuk sihat.

my team...^^
Itu je setakat ni. Sekarang masa untuk aplikasikan semua perkara yang dah belajar masa Zero 2 Hero. Misi nutrisi untuk bantu masyarakat di luar sana untuk sihat. InsyaAllah. Next big event adalah Spectacular 2013. So, jumpa anda di Spectacular.