Bismillah.
Assalamualaikum semua. Masa dekat Zero 2 Hero yang lepas, Presiden Team Member Asriah Saad telah berkongsi berkenaan dengan penyakit tidak berjangkit (NCD). Apa penyakit tidak berjangkit ni? Penyakit tidak berjangkit ni adalah penyakit yang tidak menyebabkan jangkitan kepada orang lain contohnya obesiti, diabetes, darah tinggi, sakit jantung, kanser dan lain-lain. Penyakit ini sebenarnya disebabkan oleh gaya pemakanan kita yang tidak sihat.
Kebanyakan dari kita lebih bimbangkan penyakit-penyakit yang berjangkit seperti selesema burung, AIDS, demam denggi dan lain-lain penyakit yang berjangkit sedangkan NCD ni adalah sebab utama kematian di dunia termasuklah negara kita, MALAYSIA.
Obesiti..igauan rakyat Malaysia? |
Fakta NCD
- 80% pesakit kencing manis datang dari golongan lebihan berat badan
- lebih banyak lemak di bahagian abdomen (Viseral Fat), lebih kurang kesan sel terhadap insulin
- 32% daripada kes kanser boleh diatasi dengan perubahan gaya pemakanan
- 20-42% kematian kanser boleh dielakkan dengan perubahan gaya pemakanan
- pemakanan banyak lemak mengundang kanser
Balik je dari Zero 2 Hero terus je saya cari maklumat pasal NCD ni. Cari punya cari jumpa la artikel dari Bernama ni.
Artikel Bernama :
PUTRAJAYA: Penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti, darah tinggi dan diabetes kini merupakan ancaman kesihatan baru di negara ini dengan jumlah pesakitnya meningkat setiap tahun.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun lepas mendapati kira-kira 5.8 juta rakyat Malaysia menghidap darah tinggi, 2.5 juta mengalami masalah obesiti dan 2.6 juta menghidap diabetes.
"Situasi NCD di negara ini amat merunsingkan. Apa yang membimbangkan ialah masih ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar bahawa mereka telah menghidap NCD dan ramai lagi tidak sedar mengenai risiko penyakit ini dan menganggap ia perkara remeh," katanya kepada pemberita di sini Ahad.Terdahulu itu, Dr Hasan merasmikan Kem Kesedaran Kesihatan (3K) anjuran Kelab Lembaga Jururawat Kuala Lumpur di Kompleks Kejiranan, Presint 11 di sini Ahad.
Selebihnya anda boleh baca kat sini http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/5/13/mstar_berita/20120513193027&sec=mstar_berita
Ya Allah. Baru sedar selama ni kita berisiko tinggi untuk dapat NCD ni. Tanpa sedar sebenarnya kita sedang menanam 'benih' penyakit-penyakit NCD ni dalam badan kita. Kenapa? Sebab gaya pemakanan kita. Cuba pantau apa yang kita makan setiap hari. Agak-agak makanan yang kita makan setiap hari tu bekalkan nutrisi yang badan kita perlukan atau tidak?
Nutrisi Seimbang
Kenapa kita perlukan nutrisi yang seimbang? Secara ringkasnya boleh tengok rajah di bawah ni.
Faham tak? Apa yang kita makan, itulah yang akan membentuk diri kita nanti. Saya sangat-sangat bersyukur sebab Allah pertemukan saya dengan Herbalife. Herbalife telah memberikan solusi yang terbaik kepada pemakanan yang sihat. Kalau nak tahu, kena cuba sendiri. =)
Lemak yang disimpan sedikit demi sedikit tanpa kita sedar. Bagaimana tubuh kita 3-5 tahun akan datang? |
Jom sama-sama kita ubah gaya pemakanan kita sekarang. Mana yang anda nak, jaga pemakanan setiap hari mulai hari ini atau perlu turun berat badan di hari kemudian. Elakkan daripada terkena penyakit tidak berjangkit ni. Pilihan di tangan anda. InsyaAllah saya sedia membantu anda. ^^
Hubungi saya :
Aiman
013-4668993
Personal Wellness Coach
0 comments:
Post a Comment