Labels

DAPATKAN BIMBINGAN DAN KONSULTASI DARIPADA SAYA

Nama:
Nombor Telefon :
Email :
Email Facebook:
Pekerjaan :
Tempat Tinggal :
Bantuan Yang Anda Perlukan : Turun Berat Badan
Naik Berat Badan
Membina Otot
Tambah Tenaga
Darah Tinggi
Kencing Manis
Gout
Senggugut
Masalah Kulit
Pendapatan Sampingan

This contact form was created by Freedback.

Wednesday, 28 November 2012

Are You The Biggest Loser?

Bismillah.

Assalamualaikum. Haaa, sila jawab soalan ni. Are you the biggest loser? Apa benda la yang saya dok tanya ni kan. Kalau korang nak tahu sebenarnya kami tengah cari sesiapa yang turun berat paling banyak. Alaaa, macam program realiti The Biggest Loser tu. Pernah tengok?


Konsep dia lebih kurang sama je. Sesiapa yang turun paling banyak berat, dia dikira berjaya dan jadi juara. Cuma nak lebih adil, peratusan penurunan berat badan di ambil kira. Maksudnya, berapa peratus perubahan berat peserta bermula dengan berat asal dia mulakan program. Nak tahu macam mana pengiraan boleh tanya saya. =)


WOW!!! Hadiah wang tunai RM 1,000 untuk pemenang tempat pertama. Dah la turun berat, jadi lebih sihat dan dapat pulak hadiah wang tunai. Lumayan kan?


Yang atas ni pemenang tempat pertama WLC NutriWalk Wangsa Maju Round 1, Din (baju rimau belang). Din ni peserta saya a.k.a housemate saya. Kiranya saya coach dia la. Tengok muka hepi je menang RM1,000. =)

Jika anda berminat nak sertai boleh cepat-cepat hubungi saya. Penyertaan adalah terhad.

Contact me to become The Biggest Loser :
Aiman 
013-4668993

Wednesday, 21 November 2012

Kerja Yang Mulia

Bismillah.

Assalamualaikum. Entry kali ni saya nak cerita sikit berkenaan kerja-kerja yang dianggap mulia tak kira di sisi agama mahupun  manusia.


Setiap pekerjaan tak kira apapun pekerjaan tersebut, akan jadi mulia kalau kita lakukan dengan amanah, jujur dan ikhlas kerana Allah. Sebab itu kalau nak buat sesuatu pekerjaan, kena niat betul-betul. Bukan ke setiap amalan kita ni bermula dengan niat. Kalau baik niatnya, hasilnya pun akan baik juga. Begitu jugak sebaliknya. Kan?

Dari banyak-banyak pekerjaan ni, saya nak senarai pendekkan kepada 3 pekerjaan je. 3 pekerjaan ni disebut oleh President Team, Pak Yang dan Mak Yang masa Zero 2 Hero yang lepas. (Zero 2 Hero lagi. Serius, banyak benda saya belajar masa Zero 2 Hero). Jom kita tengok satu persatu.

1. Guru


Yang pertama sekali adalah guru. Rasanya semua orang setuju yang guru ni adalah suatu pekerjaan yang sangat mulia. Tugas guru bukan sahaja mengajar kita semasa di sekolah malah mendidik kita untuk menjadi manusia yang berguna dan berbakti kepada masyarakat. Guru menyampaikan ilmu-ilmu yang bermanfaat kepada kita dan selagi mana ilmu tersebut memberi manfaat kepada kita, insyaAllah ganjaran pahala menanti mereka. Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W. daripada Abu Hurairah yang bermaksud :

"Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan darinya dan doa anaknya yang solih" (Hadis Riwayat Muslim) 
Alhamdulillah, saya graduan pendidikan dan insyaAllah diberi peluang saya akan berkhidmat sebagai seorang guru nanti. (^_^)v

2. Doktor/Jururawat


Mulianya seorang doktor dan jururawat kerana sanggup berkorban masa, tenaga dan segala-galanya untuk merawat pesakit. Walaupun pesakit tu mereka tak kenal pun, tetapi masih berusaha sedaya upaya untuk  bantu pesakit tersebut. Ya Allah, besar ganjaran yang akan mereka terima di akhirat kelak. InsyaAllah. Saya sangat-sangat bangga dan respek pada mereka yang ambil keputusan manjadi seorang doktor @ jururawat. Ramai jugak kawan-kawan sekolah dulu yang pilih bidang ni, saya ada la jugak pasang cita-cita nak jadi doktor tapi apakan daya, keputusan exam dulu tak power sangat. hehehehe

3. Tentera


Yang ni lagi la saya kagum. Berkorban semata-mata nak melindungi negara kita daripada ancaman musuh. Memang perlukan keberaniaan yang amat-amat tinggi. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu selalu main perang-perang. Buat bunyi dengan mulut pun jadi la. hahahaha

Kenapa 3 pekerjaan ni saya "highlight"kan dalam entry kali ni. Jom kita ringkaskan. 
  •  Guru mendidik dan sampaikan ilmu-ilmu yang bermanfaat kepada manusia. 
  •  Doktor/jururawat berusaha merawat penyakit. 
  •  Tentera melindungi negara kita daripada ancaman musuh.

Pak Yang dan Mak Yang kata, ketiga-tiga ciri ni ada dalam Herbalife. Jadi, setiap pengedar bebas Herbalife/Personal Wellness Coach Herbalife perlu berasa bangga. Kenapa?
  • Kita mendidik dan menyampaikan ilmu-ilmu berkaitan nutrisi dan peri pentingnya gaya pemakanan dan gaya hidup yang sihat
  • Kita berusaha untuk membantu orang-orang sekeliling kita untuk mendapatkan berat badan ideal kerana kita tahu faktor utama penyebab penyakit adalah masalah kegemukan. Lihat disini.
  • Kita berusaha melindungi negara kita daripada ancaman musuh nombor satu di Malaysia iaitu KEGEMUKAN.
Dalam Herbalife, kami diajar untuk membantu sesiapa yang memerlukan bantuan untuk turunkan berat, naikkan berat ataupun untuk improve kesihatan. Kami bukan jurujual yang hanya menjual produk tetapi kami adalah "coach" yang akan membimbing mereka sehingga capai target masing-masing. 

Kami memerlukan lebih ramai untuk bersama-sama kami bagi membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sihat. Adakah anda yang kami cari???

Hubungi saya :

Hubungi saya :
Aiman
013-4668993
Personal Wellness Coach




Monday, 19 November 2012

Risiko Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Bismillah.

Assalamualaikum semua. Masa dekat Zero 2 Hero yang lepas, Presiden Team Member Asriah Saad telah berkongsi berkenaan dengan penyakit tidak berjangkit (NCD). Apa penyakit tidak berjangkit ni? Penyakit tidak berjangkit ni adalah penyakit yang tidak menyebabkan jangkitan kepada orang lain contohnya obesiti, diabetes, darah tinggi, sakit jantung, kanser dan lain-lain. Penyakit ini sebenarnya disebabkan oleh gaya pemakanan kita yang tidak sihat. 

Kebanyakan dari kita lebih bimbangkan penyakit-penyakit yang berjangkit seperti selesema burung, AIDS, demam denggi dan lain-lain penyakit yang berjangkit sedangkan NCD ni adalah sebab utama kematian di dunia termasuklah negara kita, MALAYSIA.

Obesiti..igauan rakyat Malaysia?

Fakta NCD

  • 80% pesakit kencing manis datang dari golongan lebihan berat badan
  • lebih banyak lemak di bahagian abdomen (Viseral Fat), lebih kurang kesan sel terhadap insulin
  • 32% daripada kes kanser boleh diatasi dengan perubahan gaya pemakanan
  • 20-42% kematian kanser boleh dielakkan dengan perubahan gaya pemakanan
  • pemakanan banyak lemak mengundang kanser

Balik je dari Zero 2 Hero terus je saya cari maklumat pasal NCD ni. Cari punya cari jumpa la artikel dari Bernama ni.

Artikel Bernama :

PUTRAJAYA: Penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti, darah tinggi dan diabetes kini merupakan ancaman kesihatan baru di negara ini dengan jumlah pesakitnya meningkat setiap tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun lepas mendapati kira-kira 5.8 juta rakyat Malaysia menghidap darah tinggi, 2.5 juta mengalami masalah obesiti dan 2.6 juta menghidap diabetes.

"Situasi NCD di negara ini amat merunsingkan. Apa yang membimbangkan ialah masih ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar bahawa mereka telah menghidap NCD dan ramai lagi tidak sedar mengenai risiko penyakit ini dan menganggap ia perkara remeh," katanya kepada pemberita di sini Ahad.Terdahulu itu, Dr Hasan merasmikan Kem Kesedaran Kesihatan (3K) anjuran Kelab Lembaga Jururawat Kuala Lumpur di Kompleks Kejiranan, Presint 11 di sini Ahad. 

Ya Allah. Baru sedar selama ni kita berisiko tinggi untuk dapat NCD ni. Tanpa sedar sebenarnya kita sedang menanam 'benih' penyakit-penyakit NCD ni dalam badan kita. Kenapa? Sebab gaya pemakanan kita. Cuba pantau apa yang kita makan setiap hari. Agak-agak makanan yang kita makan setiap hari tu bekalkan nutrisi yang badan kita perlukan atau tidak?

Nutrisi Seimbang

Kenapa kita perlukan nutrisi yang seimbang? Secara ringkasnya boleh tengok rajah di bawah ni. 


Faham tak? Apa yang kita makan, itulah yang akan membentuk diri kita nanti. Saya sangat-sangat bersyukur sebab Allah pertemukan saya dengan Herbalife. Herbalife telah memberikan solusi yang terbaik kepada pemakanan yang sihat. Kalau nak tahu, kena cuba sendiri. =)

Lemak yang disimpan sedikit demi sedikit tanpa kita sedar. Bagaimana tubuh kita 3-5 tahun akan datang?

Jom sama-sama kita ubah gaya pemakanan kita sekarang. Mana yang anda nak, jaga pemakanan setiap hari mulai hari ini atau perlu turun berat badan di hari kemudian. Elakkan daripada terkena penyakit tidak berjangkit ni. Pilihan di tangan anda. InsyaAllah saya sedia membantu anda. ^^

Hubungi saya :
Aiman
013-4668993
Personal Wellness Coach

My first and amazing Zero 2 Hero

Bismillah.

Assalamualaikum semua. Hari ni nak kongsi pengalaman dekat Zero 2 Hero yang baru je berlangsung di Bukit Gambang Resort City 2 hari yang lepas. Sangat2 amazing. Bayangkan 3500 orang dekat dalam dewan sepanjang 2 hari dekat sana. MasyaAllah, sangat luarrrr biasa. Rasa sangat beruntung sebab Allah bagi peluang dan masa untuk berada di sana. Alhamdulillah.


Sebelum ni, sponsor a.k.a coach saya, Harith dah pernah ajak pergi Zero 2 Hero masa bulan Julai tapi waktu 2 tak berminat lagi. Macam-macam alasan saya bagitahu sebab tak nak pergi. Teruk kan? Bila pergi ke Zero 2 Hero kali ni saya rasa sangat-sangat bertuah, menyesal pulak tak pergi bulan Julai masa.  Kalau tak, mesti bisnes dah grow. Pengajarannya adalah bila sponsor/coach kita suruh pergi apa-apa event, kita kena pergi. MESTI!!!

Inspirasi

Sepanjang 2 hari 1 malam di Zero 2 Hero, banyak perkara yang telah membuatkan diri saya terinspirasi. Perkongsian daripada semua speaker amat-amat luar biasa. Bagaimana Herbalife telah mengubah hidup mereka dan juga orang-orang disekeliling mereka. Kisah-kisah perjalanan hidup mereka yang telah berjaya dalam Herbalife, semuanya bermula dengan kesusahan dan akhirnya menggapai kejayaan. 

Kalau hari ini mereka adalah Presiden Team, semuanya bermula dengan seorang distributor biasa yang belajar langkah demi langkah, sama seperti saya hari ini. Jadi tidak mustahil suatu hari nanti saya juga boleh jadi Presiden Team dalam Herbalife. InsyaAllah. Saya dah ambil langkah pertama untuk berjaya, anda?

Dan sumber inspirasi terbesar saya sepanjang 2 hari di Zero 2 Hero adalah Abah. Ya, Abah. Abah pun pergi sekali Zero 2 Hero kali ni. Abah, Ma, Along dan adik Anis, macam percutian keluarga pulak. Itu yang seronok dalam Herbalife, sambil belajar boleh pergi bercuti. Ni baru dekat Gambang, insyaAllah lepas ni ke oversea pulak.^^

Alhamdulillah, saya sangat-sangat seronok dan gembira tengok perubahan pada Abah. Lepas dah berjaya turunkan 9.6 kg, Abah nak bantu kawan-kawan dan orang sekeliling untuk jadi lebih sihat. Abah dah ada beberapa orang customer walaupun tak pernah datang event dan belajar. Sangat semangat nak bantu orang jadi sihat. Kalau Abah boleh, saya anaknya pun mesti boleh kan? 

Abah tekun belajar...=)
Macam yang saya bagitahu tadi, Zero 2 Hero kali ni saya tak pergi seorang. Saya bawa team saya sendiri. Supervisor saya Amirah Aminah a.k.a Along, dan juga downline Along, Abah dan Ma. Adik Anis pun pergi jugak sebab tak nak duduk kat rumah sorang-sorang. hahaha   InsyaAllah lepas ni team kami akan berkembang lagi jadi boleh bantu lebih ramai orang untuk sihat.

my team...^^
Itu je setakat ni. Sekarang masa untuk aplikasikan semua perkara yang dah belajar masa Zero 2 Hero. Misi nutrisi untuk bantu masyarakat di luar sana untuk sihat. InsyaAllah. Next big event adalah Spectacular 2013. So, jumpa anda di Spectacular.






Sunday, 11 November 2012

My Journey

Bismillah.

Assalamualaikum. Lepas sebulan lebih blog ni diwujudkan, baru hari ni sempat nak publishkan satu entry. Hari ni saya nk ceritakan tentang perubahan yang telah berlaku dalam hidup saya. Mungkin ramai yang dah tahu dan ramai jugak yang tak tahu yang saya sudah berjaya turunkan berat badan. Total loss dah 20 kg. Amazing kan? Nak tahu macam mana saya berjaya hilangkan 20 kg, kejap lagi saya cerita.

Tak percaya? Jom tengok gambar kat bawah ni.

Masa kenduri akak akhir bulan Mei

makanan yang dihidang sama banyak dengan
makanan yang masuk dalam perut (^_^)'


Gambar-gambar yang di atas ni adalah gambar saya sebelum mulakan program. Ada orang kata masa ni saya nampak macam orang tua padahal umur baru 22 tahun 6 bulan.


Yang di atas ni adalah perubahan yang telah berlaku setelah ikut program selama 7 minggu. Hilang 16 kg dalam masa 7 minggu, satu perubahan yang saya tak pernah jangkakan. Sekarang saya makin bertenaga dan rasa semakin sihat. Kalau dulu asyik nak tidur je sebab tak tahan penat, sekarang dah semakin improve. Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan Herbalife. Bukan saya seorang je yang telah berjaya malah ramai lagi. Tak percaya boleh tengok kat sini http://www.facebook.com/media/set/?set=a.4188662032739.2175735.1170237847&type=3.

Gambar latest lepas turun 20 kg.
Korang ada masalah berat badan berlebihan macam saya dulu? Jangan risau lagi sebab sekarang saya sedia menjadi coach korang dan bantu korang capai ideal weight yang diimpikan. Isi je form dekat atas tu, insyaAllah saya kan cuba membantu.

Lose weight now!
Ask me how?
Aiman 013-4668993